Thursday, July 22, 2010

Ulangkaji

Suasana pada pagi itu sangat indah. Seperti biasa, Intan menaiki bas
ke sekolah. Biarpun banyak orang bersesak-sesak di stesen bas tetapi Intan
tidak memotong barisan. Apabila bas tiba, orang ramai mula berebut-rebut
untuk menaiki bas. Seorang nenek yang turut sama hendak menaiki bas tidak
dipedulikan oleh orang lain. Selepas semua orang menaiki bas, Intan
memimpin nenek itu menaiki bas. Disebabkan tiada tempat duduk, nenek tua
itu terpaksa berdiri. Intan memberanikan diri dengan meminta salah seorang
penumpang yang berhampiran agar memberikan tempat duduknya kepada
nenek itu. Malangnya, penumpang itu bukan sahaja tidak memberikan tempat
duduknya kepada nenek itu malah memarahi Intan kerana menyuruhnya
memberikan tempat duduk kepada nenek itu.

Bahagian C : Set 4Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Contoh Cadangan Jawapan
Disiplin sangat penting kepada semua orang. Disiplin mesti di amalkan walaupun
di mana kita berada. Semasa hendak menaiki bas, kita hendaklah beratur dan tidak
memotong barisan. Perbuatan berebut-rebut ketika menaiki bas akan membahayakan
diri dan orang lain juga. Jika ada golongan kurang upaya hendak menaiki bas, kita
hendaklah membantunya seperti memimpin tangannya. Kita juga mestilah prihatin
terhadap warga tua yang tidak ada tempat duduk. Kita mestilah bersabar jika dimarahi
dan tidak membalas perbuatan orang tersebut.