Monday, July 12, 2010

Contoh Penulisan

PERENGGAN ISI
Perenggan isi mengandungi empat ayat iaitu;
• (AI)Ayat judul – Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan.
• (A2)Ayat huraian –Huraian lanjut tentang isi utama, bertujuan memberi kan penjelasan tentang isi atau menyokong isi utama.
• Ayat bukti/contoh – Ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan isi, bertujuan memperkuat hujah.
• Ayat penegas –ayat yang memberi penegasan terhadap isi dan huraian yang dikemukakan. Penanda wacana yang biasa digunakan seperti tegasnya, oleh itu, sehubungan dengan hal itu, dsb.

Contoh Perenggan Isi

(1) Salah satu punca mutu sukan bola sepak negara kita merosot ialah disiplin pemain negara kita tidak mencapai tahap yang tinggi. (2) Sudah banyak kali disiplin pemain bola sepak negara dipertikaikan ketika menyertai sesuatu kejohanan. (3) Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, enam pemain bola sepak negara terpaksa digantung beberapa bulan kerana menghabiskan masa di disko hingga larut malam. (4) Tegasnya, perkara seperti inilah yang menjadi penghalang utama pasukan kita untuk mencapai kejayaan.

(A1) Antara punca yang menyebabkan kanak-kanak gemar mengambil makanan ringan adalah kerana pengaruh iklan makanan ringan di televisyen. (A2) Hal ini demikian kerana iklan-iklan yang disiarkan memperlihatkan keenakan dan keseronokan memakan makanan ringan keluaran syarikat tertentu. (A3) Hal yang demikian amat mudah mempengaruhi kanak-kanak kerana sikap semula jadi kanak-kanak yang ingin akan sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. (A4) Sebagai contohnya, digambarkan kanak-kanak yang mengambil makanan ringan berkeadaan riang dan cergas melakukan aktiviti. (A5) Jelaslah, kebijaksanaan pengeluar makanan ringan mengeksploitasi psikologi kanak-kanak menggunakan kemudahan iklan menjadi punca kepada masalah ini.