Monday, April 11, 2011

SYARAHAN

FAEDAH-FAEDAH KITAR SEMULA

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula".

Hadirin sekalian,

Faedah Kitar semula ialah dapat mengelakkan pembaziran. Bekas plastik, kaca dan alaminium yang sudah digunakan tidak terbuang begitu sahaja. Bahan-bahan terbuang boleh diproses dan digunakan semula sebagai bahan baru.

Kitar semula juga dapat mengatasi masalah pencemaran udara. Dengan kitar semula, tiada lagi longgokan sampah-sarap yang busuk dan menyakitkan mata. Oleh itu, alam sekitar kita menjadi bersih, udara segar dan kesihatan kita terjamin.

Hadirin sekalian,

Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik akan dapat menambahklan pendapatan kita.

Kitar semula juga dapat mengatasi masalah perlupusan sampah-sarap. Kita dapat mengurangkan kawasan perlupusan sampah dan dapat menjimatkan ruang.

Saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kumpul dan uruskanlah barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula menjadi bahan yang lebih berfaedah kepada kita.

Sekian, terima kasih