Contoh Karangan Laporan.
Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut .Sediakan laporan itu selengkapnya.
Rangka:
1.Pendahuluan:
penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan
2.Isi
a) kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang
b) ceramah -pensyarah dari USM
c) gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
d) lawatan ke Taman Ular
3.Penutup
-berterima kasih kepada guru penasihat.
KARANGAN
Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara
Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 2005.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.
Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2010.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang ldiberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Aspirasi.
Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Syarafuddin yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan oleh, 28 Julai 2011
_______________
(xxxxxxxxxxxxxx)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara, Pulau Pinang